|
|||||||||||||
{left}
|
TUNTUTAN UNTUK MASA DEPAN YANG LEBIH CEMERLANG Prepared by : Group of Concerned Citizens ___________________________________________________________
Tuntutan kami adalah diantara yang khususnya melibatkan masyarakat India dan juaga yang melibatkan masyarakat lain dalam negara ini. Kami percaya bahawa masalah-masalah yang dihadapi oleh WIM boleh diatasi melalui satu struktur nasional dengan resolusi yang sama yang digunakan untuk mengatasi masalah kaum-kaum lain. Pendek kata, nasib WIM itu sangat-sangat terikat kepada nasib kesemua masyarakat di negara ini. Apa yang jelas adalah resolusi masalah kami dan pencapaian aspirasi kami memerlukan satu pelan pembangunan alternatif yang berasas kepada penyayang dan adil. Susulan dari ini satu sistem politik yang bukan dasar pada perkauman diperlukan dan pelan pembangunan yang berpegang kepada pinsip pengedaran kekayaan yang adil dan saksama, demokrasi, keadilan dan peningkatan rohani. Tuntutan-tuntutan yang dihuraikan di sini adalah satu langkah menuju ke arah tersebut di atas. Tuntutan kami yang dihuraikan di bawah ini muncul dari
kedahagaan keadilan yang menjadi asas pendirian semua tamadun dan perasaan
bersama masyarakat dunia yang suci. POLITIK 1.0 Hak-hak politik semua rakyat Malaysia boleh dijamin melalui politik bukan perkauman, khususnya masyarakat India Malaysia. Politik perkauman telah menepikan masyarakat India Malaysia (MIM) dan lain-lain golongan minoriti dari kuasa ekonomi dan politik. Sistem politik perkauman mengenalpasti dan membahagikan masalah warganegara Malaysia mengikut golongan etnik. Ini mengakibatkan masalah-masalah nasional menjadi masalah kaum dan ini adalah satu situasi yang tidak sihat. Misalnya Masalah MIM dipandang sebagai masalah mereka sahaja yang perlukan satu remedi diantara MIM dan bukan satu masalah nasional. Keadaan ini adalah ekoran proses kemajuan yang diwujud oleh sistem British yang terus diamal melalui polisi-polisi kerajaan kita. 1.1 Justeru itu kami tuntut bahawa politik bukan perkauman dijadikan asas sistem politik dimana sistem itu sensitif kepada masalah semua warganegara Malaysia khususnya rakyat yang miskin. Ini bermakna masalah yang dialami oleh rakyat miskin dipandang dari segi nasional bertentangan dengan masalah berasas kepada kaum. Khususnya masalah rakyat miskin dipandang ekoran kelemahan polisi-polisi pembangunan dari segi masalah nasional bertentangan dengan masalah sesuatu kaum. 1.2 Dalam masa peralihan dari politik kaum ke politik nasional, kami tuntut peruntukan kerusi yang tetap untuk MIM dan lain-lain minoriti dalam semua badan-badan yang berkuasa disemua tahap kerajaan, terutamanya di majlis tempatan dan badan khas untuk mewakili MIM dan lain-lain minoriti. Perwakilan MIM itu harus dibuka kepada individu-individu yang bertanggung jawab selain dari ahli politik. 1.3 Dalam masa transisi itu kami juga tuntut MIM dan minoriti lain diberi lebih peluang untuk berniaga supaya pendapatan yang tidak seimbang dengan masyarakat Cina dan Melayu boleh dikurangkan. Ini boleh dicapai melalui peruntukan kewangan, permit dan kontrak-kontrak. Perniagaan-perniagaan kecil dan sederhana MIM harus diberi lebih peruntukan kewangan. 2.0 Seseorang itu dilahir dengan hak-hak yang tidak boleh dipisahkan (inalienable rights), seperti kebebasan pengucapan / percakapan (freedom of expression) dan kebebasan perhimpunan. Hak-hak ini bukanlah satu cenderamata atau pemberian oleh man-mana kerajaan tetapi tanggungjawab kerajaan demokrasi untuk melindungi hak-hak ini. Hak-hak semua rakyat Malaysia mesti dilindungi oleh kerajaan. Kita mesti ada ruang untuk berunding terma-terma hak-hak ini. Hak-hak ini juga dijamin di Perlembagaan Persekutuaan tetapi terdapat masalah pada peringkat implementasi. Demokrasi hanya boleh wujud apabila hak-hak rakyat diikhtiraf. Slogan-slogan tentang demokrasi tidak bermakna jika institusi-institusi dan pihak berkuasa tidak membenarkan kebebasan hak-hak itu, khususnya isu-isu dan masalah mengenai pembangunan, kemiskinan, kelemahan kuasa (powerlessness), diskriminasi, kezaliman polis / salah guna kuasa oleh polis, yang kesemuanya terlibat perbincangan dan kritik. Perbincangan terbuka dan kritik bebas ini boleh wujud dalam dua keadaan: perluasan demokrasi (democratisation) dan kebebasan media cetak. Hanya dalam konteks suasana demokrasi dimana ada media cetak yang bebas dan tanggungjawab boleh mengadakan perbincangan, pengkritikan dan dialog tanpa halangan yang mungkin berlainan dari pihak kerajaan. Suasana ini akan melembabkan monolog dan galakkan dialog yang akan mengakibatkan satu masyarakat sivil yang tegap dengan berbagai pendapat, fikiran dan fahaman alternatif. Isu-isu serius seperti kemiskinan memerlukan sumbangan pihak kerajaan serta penyertaan aktif masyarakat sivil. 2.1 Untuk mencapai objektif itu, kami tuntut bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri dimansuhkan dan semua amalan demokratik dikukuhkan supaya rakyat terutamanya golongan yang diketepikan dan lemah boleh memberi pendapat dalam suasana yang tidak terancam. 2.2 Kami selanjutnya menuntut bahawa satu keadaan diwujudkan untuk timbul suratkhabar dan media cetak yang bebas dan tanggungjawab dan dengan tujuan ini Akta Cetak dan Percetakan dan khususnya keperluan suratkhabar untuk pohon permit tiap-tiap tahun harus diberhentikan. 2.3 Oleh sebab pertubuhan media dikait dengan parti-parti politik kerajaan, kemungkinan besar berita disiar yang berat sebelah dan kurang tepat kandungan. Adakah suratkhabar itu bertanggungjawab mesti ditentukan oleh badan yang bebas. Untuk mempastikan satu media yang adil dan tanggungjawab, kami tuntut penubuhan satu majlis media kebangsaan yang diwakili oleh kerajaan, media dan masyarakat sivil. 2.4 Kami tuntut hak untuk perhimpunan aman dan ini dijamin secara terus dan pihak berkuasa hanya perlu di beritahu tentang perhimpunan yang dicadang, bukan pohon untuk permit. 2.5 Berkenaan dengan tindakan polis terhadap saspek terdapat penilaian sosial bahawa pihak polis telah menggunakan kekerasan yang lampau termasuk pembunuhan saspek secara terus menerus. Kami tuntut bahawa rakyat umum dapat mengawasi, siasat dan mengambil tindakan terhadap pegawai polis yang salah guna kuasa dan akibat itu mencemarkan nama baik agensi keselamatan seperti polis.. 2.6 Kerajaan pada tahap nasional tidak terlibat dalam proses pentadbiran hak-hak rakyat. Ini dikendalikan oleh birokrat dan mereka ini telah menjadi halangan untuk hak-hak itu misalnya hak-hak budaya dan ugama. Kami menuntut bahawa satu suruhanjaya yang tetap ditubuhkan terdiri dari wakil kerajaan dan masyarakat sivil untuk memerhati, siasat dan mendisiplin birokrat yang sering melanggar hak-hak terutamanya hak budaya dan ugama. 2.7 Untuk mengelakkan asimilasi secara paksa atau diketepikan warisan budaya sesuatu golongan masyarakat minoriti, kami menuntut hak budaya termasuk pendidikan bahasa ibunda kesemua kaum dilindungi apabila budaya ketanpaan dirumuskan. 2.8 Dalam keadaan di mana terdapat masyarakat minoriti seperti MIM, kami tuntut satu Akta Perlindungan Minoriti, diumumkan untuk melindungi kepentingan dan hak-hak masyarakat minoriti di arena politik, ekonomi, sosial, budaya dan ugama. 2.8a Selanjutnya kami tuntut bahawa satu Suruhanjaya Perlindungan
Minoriti ditubuh diwakili oleh wakil kerajaan dan masyarakat sivil dan
masyarakat minoriti supaya awasi dan menyeliakan Akta Perlindungan Minoriti.
EKONOMI (I) Pekerja-pekerja 3.0 Adalah satu fakta bahawa segolongan pekerja di sektor yang tertentu tidak dibenarkan menubuhkan Union kebangsaan yang kesannya ialah hak mereka untuk persatuan dilanggar dan diketepikan. Kami menuntut hak untuk menubuh persatuan pekerja kebangsaan dikembalikan dan dikekal dan semua pekerja dilindungi melalui pengakuan hak ini yang tidak sahaja terhad kepada menubuh persatuan pekerja in-house. 3.1 Adalah juga satu fakta bahawa segolongan pekerja tidak ada gaji minima dan ramai pekerja tidak ada gaji yang tetap, kurang dari gaji minima harian. Kami tuntut situasi ini diawasi dan undang-undang dirumuskan supaya pekerja dapat gaji pokok minima yang berpandu kepada indeks harga pengguna dari masa ke semasa. 3.2a Pekerja ladang masih lagi dibayar gaji harian sahaja dan kami menuntut kerajaan campurtangan untuk mempastikan pekerja ladang dapat gaji bulanan dengan menetapkan gaji pokok minima untuk semua pekerja. 3.2b Terdapat ramai pemilik ladang tidak ada lengkapkan pekerja dengan satu dasar pemilikan rumah. Kami menuntut kerajaan memerlukan secara mandatori pemilik ladang untuk: (A) membina rumah untuk pekerja mengikut spesifikasi dan
mutu yang ditetapkan oleh kerajaan 3.2c Adalah fakta bahawa Malaysia dalam proses pesat membangun yang disertai dengan perkembangan industri dan bangunan bandar. Terdapat akibat dari dari ini golongan pekerja ladang yang akan terlibat. Kami menuntut bahawa satu jabatan khas ditubuhkan untuk awasi keadaan ini supaya sebarang kesulitan yang dihadapi oleh polongan pekerja ini dibantu dengan memberi latihan dalam bidang-bidang lain supaya mereka boleh masuk arus pekerjaan disektor lain. 3.2d Oleh sebab ramai pekerja ladang kehilangan kerja dan akibat itu aliran pekerja dari ladang ke bandar diatasi. Adalah menjadi amat penting bahawa mereka ini diberi latihan khusus dan ditunjuk cara hidup dan asimilasi dibandar. Pihak kerajaan harus memperuntukan bantuan kewangan supaya golongan ini boleh menceburi diri dalam perniagaan kecil. 3.3 Kekurangan tenaga sumber manusia di Malaysia yang mahir, separuh mahir dan tidak mahir menyebabkan keperluan untuk pekerja asing. Pekerja asing ini tidak dibenarkan menjadi ahli persatuan pekerja dan pekerja ini kerap disalahguna. Majikan-majikan di Malaysia juga mengunakan pekerja asing ini untuk menurunkan gaji pekerja tempatan. Justeru itu kami tuntut: 3.3a Undang-undang harus diperkenalkan supaya pekerja tempatan tidak dieksploitasi dengan mengunakan pekerja asing. Pekerja asing hanya boleh diambil apabila terdapat kekurangan pekerja yang serius dan pekerja asing tidak boleh digunakan untuk menurunkan gaji pekerja tempatan. 3.3b Pekerja asing diberi gaji yang sama dengan pekerja
tempatan dan dibenarkan menjadi ahli persatuan pekerja. (II) Pengswastaan dan Pengkopratasian 3.4 Dalam keadaan di mana pengswastaan dan pengkopratasian telah menjadi satu beban ekonomi kepada rakyat miskin dan juga adalah tidak efisyen, kami tuntut bahawa pihak kerajaan kaji semula dasar pengswastaan dan pengkopratasian dan juga keperluan asas kepada manusia seperti air, letrik, pendidikan dan perubatan dijadikan perkhidmatan nasional oleh kerajaan. 3.4a Perkhidmatan kesihatan adalah hak asasi semua rakyat.
Pengswastaan hospital dan perkhidmatan kesihatan akan meningkat kos
perkhidmatan kesihatan dan tidak boleh mampu oleh golongan masyarakat
miskin. Kami menuntut supaya hospital kerajaan dan perkhidmatan tidak
diswastakan dan perkhidmatan yang penting ini diberi percuma. (III) Pembasmian Kemiskinan 4.0 Walaupun ekonomi Malaysia begitu cergas tetapi pengedaran kekayaan tidak saksama dan seimbang dan perbezaan ini makin lama meningkat. Terdapat golongan rakyat yang miskin amat benar dari semua polongan etnik. Walaupun dasar ekonomi baru telah meningkat keadaan masyarakat melayu, tibalah masa untuk lain-lain kaum mendapat faedah dari dasar ini khususnya MIM. 4.1 Seperti dasar tindakan sokongan oleh kerajaan dan Dasar Ekonomi Baru telah meningkat taraf kaum melayu kami menuntut dasar ini juga dipanjangkan kepada MIM dan minoriti lain. Ini boleh dicapai jika dasar tindakan untuk masyarakat miskin ditukar dari yang etnik kepada ekonomi. Kami juga cadang untuk satu suruhanjaya ditubuh dengan kuasa menetapkan had masa untuk mencapai matlamat dan selepas itu memberhentikan peranannya selepas mencapai matlamat. 4.2 Dengan ini kami tuntut satu suruhanjaya kebaangsaan ditubuhkan untuk membasmikan kemiskinan yang terdiri dari pakar-pakar kerajaan, wakil dari pertubuhan wanita, badan-badan bukan kerajaan dan masayarakat sivil. Tujuan nya ialah untuk mengawasi dan rumuskan program-program membasmikan kemiskinan berdasar kepada kritiria ekonomi sahaja yang sasarannya ialah semua rakyat yang miskin tidak kira kaum. 4.3 Berkenaan ini, kami selanjutnya tuntut bahawa program membasmikan kemiskinan. Program Amanah Ikhtiar Malaysia di pajangkan untuk semua golongan masyarakat miskin Malaysia. 4.4 Selanjutnya, memandangkan kejayaan Amanah Saham Bumiputra
- Program Pembangunan Rakyat Termiskin (ASB-PPRT) skim pinjaman, kami
tuntut bahawa satu skim yang sama diberikan kepada semua golongan masyarakat
miskin tidak kira taraf kemiskinan mereka. (IV) Diskriminasi Pekerjaan 5.0 Di Malaysia setengah jabatan kerajaan ialah ditadbir dan dikuasai oleh satu kaum sahaja dari segi jumlah pekerja dan jawatan-jawatan kanan. Dalam konteks masyarakat berbilang kaum keadaan ini tidak sesuai dan mewujudkan perasaan diskriminasi, perasaan singkir dari arus pembangunan nasional, tidak seimbang diantara kemahiran dan peluang. Kami tuntut bahawa sektor perkhidmatan awam dan sektor kerajaan lain yang penting memberi peluang kepada kaum minoriti menduduki jawatan di semua peringkat termasuk di peringkat pertengahan dan atasan. 6.0 Pada masa ini terdapat diskriminasi kauman di tempat
kerja dimana ramai MIM ada pengalaman diskriminasi ini. Seperti golongan
wanita yang menghadapi diskriminasi di tempat kerja ramai MIM juga menghadapi
masalah yang sama dalam tempat kerja. Seperti Akta Diskriminasi Jantina
yang dicadangkan. Kami tuntut bahawa satu suruhanjaya peluang pekerjaan
saksama ditubuhkan disokong oleh undang-undang supaya kepentigan kaum
minoriti dan wanita di lindungi dari sebarang diskriminasi. WANITA 7.0 Kaum wanita India Malaysia mengalami masalah dari dua segi iaitu menjadi wanita dan juga miskin. Golongan ini menghadapi penindasan dan perlu bantuan. Kami tuntut wanita India diberi peluang yang sama dan bantuan khusus institusi yang akan meningkatkan taraf sosial dan ekonomi mereka. Ini akan memberi mereka kebebasan supaya dapat mengambil bahagian di khalayak orang yang membuat keputusan-keputusan yang penting. 7.1 Terdapat keluarga-keluarga melayu dan india di mana
wanita menjadi ketua di keluarga atau menjadi ibu-bapa (single parent).
Keadaan ini mesti diawasi dan bantuan khas mesti dihulurkan kepada keluarga-keluarga
ini terutamanya di kategori pendapatan rendah. PENDIDIKAN 8.0 Pendidikan di Malaysia secara progresif telah diswastakan. Ini mengakibatkan segelintir besar rakyat Malaysia tidak akan dapat pendidikan yang merupakan hak asasi semua rakyat Malaysia. Pendidikan yang sihat menjadi asas kepada keadaan kewarganeraan yang wajar. Ini akan memberi sumbangan kepada peningkatan sosial untuk golongan rakyat yang ditinggal belakang. Semua aspek harus dikaji untuk membuat pendidikan itu satu hak yang sedia ada yang dapat dinikmati. Pendidikan bahasa ibunda terus derita sebab tidak ada kemudahan-kemudahan. 8.1 Justeru itu kami tuntut penubuhan suruhanjaya yang diwakili oleh kerajaan dan masyarakat sini yang akan awasi dan kaji keperluan pendidikan masyarakat yang kurang mampu dan juga cadang program-prigram pendidikan yang sesuai dan cepat. 8.2 Kami tuntut bahawa progran-program untuk kanak-kanak yang dianjurkan oleh kementerian dan ajensi kerajaan juga diberi kepada masyarakat pekerja ladang, kawasan setinggan, kawasan perumahan kos rendah untuk semua golongan etnik. Untuk faedah kanak-kanak dalam tahun-tahun awal (formative years) program-program ini mestilah dalam bahasa ibunda mereka. 8.3 Oleh sebab kami menghadapi prejudis mengikut etnik dan jantina, kami menuntut bahawa kandungan buku-buku teks untuk kanak-kanak Malaysia sesuai dan sensitif kepada isu-isu ini dan elak mencerminkan sifat-sifat atau peranan etnik dan wanita. 8.4 Adalah fakta bahawa pencapaian Malaysia sebagai sebuah negara moden adalah dari sumbangan sama kaum. Kami menuntut bahawa sejarah Malaysia dan buku-buku teks sejarah sekolah mencerminkan fakta ini. 8.5 Kami menuntut bahawa sama ada guru tadika atau pra sekolah yang ada sekarang di kawasan ladang dan setinggan diberi latihan serta pengiktirafan dan di beri gaji mengikut kadar gaji kerajaan. 8.6 Kami tuntut supaya pendidikan menjadi mandatori untuk semua kanak-kanak Malaysia sehingga tamat sekolah menegah rendah atau remaja sehingga umur 15 atau 16 tahun. Untuk kanak-kanak dari keluarga miskin, tanggungjawab pendidikan untuk mereka mesti diambil oleh keluarga kanak-kanak terlibat dan kerajaan. 8.7 Oleh sebab kemiskinan dan kekurangan bantuan kerajaan di sektor latihan kerja-kerja mahir, kami tuntut kerajaan meningkatkan peluang dari badan-badan / institusi-institusi untuk latihan mahir ini khususnya untuk kanak-kanak miskin seperti MIM di mana kanak-kanak ini ada tanggungjawab keluarga pada umur yang awaldan cari peluang untuk keluar dari tekanan kemiskinan. 8.8 Kami tuntut bahawa semua sekolah Tamil bantuan kerajaan dijadikan bantuan penuh dan diberi taraf yang sama dengan sekolah kebangsaan dari segi peruntukan, pembangunan, perkembangan, kemudahan IT, program latihan dan semua lain-lain sokongan. 8.9 Kami tuntut bahawa sekolah alternatif dibina dulu sebelum sekolah Tamil ditutup. 8.10 Dalam keadaan latar belakang yang kurang memuaskan ramai ibu-bapa kanak-kanak sekolah Tamil, kami menuntut kerajaan memainkan peranan aktif di persatuan ibubapa dan guru-guru di sekolah-sekolah Tamil. Ini mesti terlibat sumbangan kewangan dan juga latihan dalam kemahiran sosial untuk ibubapa supaya dapat memberi sokongan pembangunan intelektual kanak-kanak itu. 8.11 Dalam pada masa interim itu (rujuk kepada tuntutan 1.1) sebelum peralihan kepada kemasyarakatan dan politik bukan perkauman, kami tuntut bahawa MIM diberi tempat-tempat rezab di sekolah-sekolah berasrama penuh, pusat latihan vokesional dan institusi kajian tinggi seimbang dengan keperluan masyarakat miskin digolongan tertentu. 8.12 Dalam keadaan di mana terdapat banyak pusat pendidikan dan vokesional kebajikan yang memberi peluang kepada orang-orang miskin bukan melayu yang berada dalam tekanan dan masalah kewangan, kami tuntut bahawa kerajaan memberi sumbangan kewangan supaya murid-murid miskin ini terus berfaedah. 8.13 Kami tuntut bahawa bahasa Tamil dijadikan salah satu bahasa kajian di institusi penggajian tinggi / universiti dan sokongan diberi untuk kajian sastera Tamil, latihan dan pegajaran Tamil. 8.14 Kami tuntut bahawa rancangan "Pupils Own Language"
(POL) di sekolah rendah dan menengah diganti dengan pendidikan mandatori
bahasa ibunda. PERUMAHAN 9.0 Terdapat kecenderungan oleh pemaju-pemaju yang abai membina rumah-rumah yang boleh dimampu oleh golongan miskin. Walaupun kerajaan memerlukan pemaju memajukan sebahagian dari pembinaan, mereka hendaklah membina rumah kos rendah. Matlamat ini tidak dicapai. Dengan ini tindakan polisi bersokong kerajaan dalam memperuntukan rumah-rumah kos rendah untuk golongan miskin tidak dapat diatasi terutamanya MIM. 9.1 Dalam keadaan ini kami tuntut bahawa matlamat rumah kos rendah harus dicapai dan peruntukan rumah kos rendah dibuat secara lebih adil dan demokratik. Ini bermakna kerajaan mesti ada matlamat dalam masa yang tertentu setiap keluarga yang berpendapatan rendah mempunyai rumah. 9.2 Kami tuntut bahawa kedua-dua kerajaan persekutuan dan negeri memberi pinjaman dengan kadar faedah yang rendah untuk MIM yang miskin dan lain-lain untuk membeli rumah kos rendah. 9.3 Dalam keadaan di mana terdapat rakyat Malaysia yang
sangat miskin iaitu yang paling miskin antara yang miskin yang tidak
mampu membeli rumah kos rendah RM 25,000, kami tuntut bahawa satu rancangan
diadakan di mana kerajaan akan beli rumah kos rendah untuk golongan
ini dan mereka boleh membayar balik tanpa faedah dalam masa yang agak
panjang atau terikat dengan rancangan seperti diperengan 4.2 dan 4.3
di atas. UGAMA DAN BUDAYA 10.0 Amalan budaya dan ugama rakyat Malaysia adalah berbagai dan kaya. Ini memerlukan satu sikap yang sihat dan waspada terhadap budaya berbilang kaum. Hanya satu polisi bukan berdasar kaum sesuai untuk keadaan ini. Ini bermakna dasar budaya nasional harus dibentuk berdasar kepada bukan perkauman supaya setiap rakyat Malaysia akan menyedar dan fahami amalan budaya dan agama satu sama lain. Proses ini selanjutnya harus dikukuhkan oleh dasar kebangsaan untuk integrasi semua kaum. 10.1 Cara dan amalan ibadat sembahyang masyarakat Hindu dan pembinaan kuil-kuil mengikut satu lojik budaya yang tertentu. Dibeberapa kes pembinaan kuil Hindu adalah atas tanah kerajaan negeri. Dengan ini dalam keadaan negara pesat membangun masyarakat Malaysia dipindah dari tempat tinggal asal mereka. Untuk MIM ini bermakna meninggalkan juga kuil-kuil. Keadaan realiti ini mengancam aspirasi keagamaan rakyat penganut Hindu yang kerap kali mendapati kuil-kuil diroboh yang amat mengeciwakan golongan terbabit. Untuk mengatasi masalah ini kami tuntut bahawa: 10.1a Semua tempat beribadat terutama sekali kuil-kuil Hindu tidak boleh di roboh atau musnah. 10.1b Kuil-kuil yang dibina atas tanah kerajaan negeri yang lama dan bersejarah lama dan giat dengan penganut mesti didaftar. 10.1c Kuil-kuil atas tanah kerajaan negeri yang tidak berfungsi dipindahkan ke tempat lain atau diroboh tetapi hanya setelah perbincangan dengan pemimpin masyarakat tempatan dengan cara yang sedia ada untuk tujuan tersebut. 10.2 Di taman-taman perumahan baru, kami tuntut peruntukan tanah untuk tempat beribadat. 10.2a Dua tahun selepas taman-taman perumahan dibina dan timbulnya golongan masyarakat, kami tuntut tempat-tempat beribadat dibina untuk keperluan agama masyarakat itu. 10.3 Pemasaran yang terlaluan media telah pinggirkan ekses kepada maklumat dan keperluan budaya masyarakat yang lemah dari segi ekonomi. Adalah perlu untuk fokus media etnik sebagai satu bahagian ajenda sosial politik kerajaan supaya dapat mencapai lebih luas dan demokratik program media untuk golongan minoriti. Untuk tujuan ini kami tuntut perbadanan satu suruhanjaya media etnik minoriti. 10.4 Kami percaya bahawa ugama dan kemajuan rohani mesti menjadi asas kepada penghidupan manusia. Justeru itu kami tuntut semua pengajian dan pelajaran ugama diberi masa dan ekses yang sama menerusi media masa elektronik awam. Selain dari meningkatkan persefahaman dan harmoni antara kaum usaha ini akan meningkatkan rohani dikalangan penganut semua agama di negara ini dan akan menginstitusikan rukun pertama dalam rukun negara. |
{right}
|
|||||||||||
History | Social | Economy | Education | Politics | General | Plantation Workers | About me | |||||||||||||
Send mail
to [email protected]
If you do not wish any of your writing republished here or comments about
this web site.
Copyright
© 1998 imol
|